Senin, 03 Januari 2011

Pendahuluan
Perayaan Hari Kekasih atau Valentine’s Day
mula membudayai di kalangan masyarakat kita
khususnya generasi muda, sekitar akhir tahun
1980-an kesan dari budaya asing yang masuk
melalui berbagai saluran media sama ada cetak
mahupun elektronik. Perayaan ini dikenali sebagai
perayaan hari berkasih sayang, yang menurut
mereka adalah saat yang paling tepat untuk
mengungkapkan perasaan cinta dan kasih sayang
kepada orang yang dicintai atau dikasihi.
Antara contoh-contoh sambutan yang diadakan
adalah melalui program TV yang ditayangkan
atas nama “Valentine’s Special”. Di samping itu,
jika kita tinjau persiapan yang dilakukan oleh
golongan yang meraikannya, didapati mereka
sibuk memilih kad-kad ucapan Hari Kekasih,
menempah cenderahati, jambangan bunga dan
tempahan untuk makan malam bagi merayakan
hari tersebut bersama pasangan masing-masing.
Pihak hotel pula menawarkan pakej-pakej
istimewa seumpama ‘Makan Malam Hari Kekasih
atau Hidangan Makan Malam Romantik’ dan
sebagainya yang mempunyai tujuan untuk
menyambut Hari Kekasih.
Namun, apa yang membimbangkan sejak
kebelakangan ini ialah pesta perayaan Hari
Kekasih dirayakan dengan pelbagai sambutan
yang tidak bermoral seperti yang dilaporkan oleh
media massa, mereka banyak menghabiskan
malam perayaan tersebut dengan berpasang-
pasangan serta bergaul bebas dan sebahagiannya
diakhiri dengan pesta seks.
Sejarah Permulaan
Valentine’s Day
Kebanyakan masyarakat khususnya
generasi muda pada hari ini, hanya
mengikut apa sahaja yang datang dari
barat tanpa mahu mempersoalkan sama
ada Valentine’s Day wajar disambut ataupun
tidak. Sebenarnya, Valentine’s Day mempunyai
hubungan yang rapat dengan sejarah, tradisi dan ajaran Kristian. Terdapat tiga pendapat mengenai asal-usul Valentine’s Day :
i. Valentine’s Day bermula semasa
pemerintahan empayar Rom iaitu dengan
menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti
bagi orang Juno ratu kepada dewa-dewa
dan dewi-dewi Rom. Hari berikutnya iaitu
15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia
iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat
Rom di mana pada malam pesta tersebut,
nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas
dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap
pemuda akan mencabut nama di dalam bekas
itu dan nama yang terpilih akan menjadi
pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.
ii. Pendapat kedua menyatakan pada 14
Februari 270 Masihi, St. Valentine dibunuh
kerana pertelingkahannya dengan Raja
Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius
II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius
telah membatalkan semua perkahwinan dan
pertunangan kerana Rom banyak terlibat di
dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St.
Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan
orang-orang Kristian dengan pasangan
mereka secara rahsia. Akibat perbuatan
tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan
diheret, yang akhirnya dihukum belantan
sehingga mati serta dipenggal kepalanya
pada 14 Februari dalam tahun 270 Masihi.
Bagi memperingatinya sebagai simbol
ketabahan, keberanian dan kepasrahan
dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14
Februari dijadikan sebagai hari memperingati
kematian St. Valentine sebagai upacara
keagamaan.
iii. Pendapat ketiga mengatakan Valentine’s
Day diambil daripada nama seorang paderi
yang paling berpengaruh pada zaman
pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol
iaitu St. Valentine yang status kedudukannya
adalah di tempat kedua tertinggi selepas
Pope. Apabila St. Valentine menyatak

Tidak ada komentar:

Posting Komentar